"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur, sujud dan menangis.."(Surah maryam ayat:58)
Sebenarnya menangis pun salah satu cara untuk kurangkan beban masalah. Menurut pengkaji psikologi,setiap titisan air mata yang keluar sebenarnya akan membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stres dan terlalu atau terlampau banyak berfikir.
Menangis yang diistilahkan sebagai 'hiba', ialah kekhusyukan di dalam hati yang sentiasa menangis lantaran takut kepada Allah swt. Ia adalah suatu sifat yang mulia dan usaha yang terpuji. Inilah sifat2 yang di anugerahkan oleh Allah swt kepada para Nabi dan hamba2Nya yang berilmu. Rasulullah saw telah mengkategorikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah di dalam tujuh golongan yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat.Hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan Allah swt. Baginda saw bersabda: "Seorang yang sentiasa menyebut nama Allah ketika sunyi. lalu menitislah air mata dari kelopaknya.." Sabda Rasulullah lagi : "Setiap mata akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang menangis kerana takut kepada Allah,dan mata yang berjaga di jalan Allah(iaitu berjihad untuk meninggikan kalimah Allah)" |
Kini terang dan nyatalah, yang tangisan itu banyak ragamnya,tetapi hanyalah tangisan kerana takut kepada Allah sahaja yang jarang dilakukan oleh manusia.
Kerana itu,hendaklah kita dan anda menangis kerana takut kepada Allah.
Tetapi kita juga perlu berwaspada,jangan pula amalan kita disertai oleh sifat riya' iaitu untuk menunjuk2 kepada orang lain.Ini akan membuatkan kita dipandang hina oleh Allah swt.
Bilamana orang-orang yang beriman menggambarkan betapa susahnya untuk menghadapi rintangan dan hisab di akhirat kelak,maka mereka pasti akan merasa hiba dan sedih lalu mengalir air matanya.
Tetapi bagi mereka yang tidak menyedari hakikat ini,maka hidup mereka akan sentiasa dihiasi dengan gelak ketawa.
0 follow me to UK:
Catat Ulasan