Lelaki itu Mulia







Lelaki yang dimuliakan itu bukan raja
Yatim dan Piatu semasa kecilnya
meraut kasih sayang saudara
dia tidak tahu menulis membaca.

Lelaki itu menjadi mulia
Kerana amanahnya
Kerana budi pekertinya
Kerana Tak pernah berdusta.

Lelaki itu dipuja
Kerana wahyuNya
Kerana kerasulanNya
Kerana kebenaran Kata-katanya.

Setiap 12 Rabiulawal
Lelaki itu diingat lagi
namanya disebut lagi
sirahnya di baca


Lelaki itu lebih hebat dari segala raja
hidupnya berjasa
matinya mulia

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

Oleh :Abdul Latip



Muhammad bin Abdullah,
Nama yang amat terkenal dengan sopan santun budi pekertinya.
Baginda meninggalkan kita dengan sunnah baginda. 
Terlalu suci baginda daripada sebarang dosa dan noda..
MasyaAllah Maha Suci Allah.
Dugaan dan cobaan yang baginda hadapi lebih perit. 
Menyebarkan Agama Islam yang tidak pernah dikenali orang,
Cacian dan kejian daripada orang,
Baginda menerimanya dengan ikhlas,
Tidak membalas,
Sifat baginda terlalu SEMPURNA,
Tiada manusia boleh menggantikan baginda.

Selawat ke atas baginda serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Allahumma solli alaihi wasssalam.

0 follow me to UK:

Catat Ulasan