Jujur menuju jalan yang lurus .




Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Allah telah membuat perumpaan berupa sebuah jalan yang lurus . Di kedua dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa pintu yang terbuka . Pada pintu pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan.
Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata : “Wahai manusia laluilah jalan ini sampai ke hujung dan janganlah kamu membelok – belok (ke kiri dan kanan ) .”

Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut yang berkata ketika manusia hendak membuka salah satu daripada pintu-pintu itu : “Janganlah kamu membukanya ,kerana jika kamu membukanya kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya “

“JALAN” di sini bermaksud ISLAM

“DINDING-DINDING” maksudnya HUKUM-HUKUM ALLAH

“PINTU-PINTU YANG TERBUKA” maksudnya PERKARA PERKARA YANG DIHARAMKAN ALLAH

“PENYERU DI ATAS GERBANG” maksudnya AL-QURAN

“PENYERU DI ATAS JALAN” maksudnya NASIHAT DARI ALLAH YANG ADA DALAM HATI SETIAP MUSLIM

(RIWAYAT AHMAD DAN MUSLIM)


Maksudnya :
Allah telah buat satu perumpamaan tentang Islam. Agama Islam mempunyai hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Al Quran diturunkan kepada manusia sebagai peringatan . Setiap kali manusia ingin melakukan perkara perkara yang diharamkan oleh ALLAH , nasihat dari ALLAH sering kali berbisik di dalam hati setiap Muslim supaya tidak melakukan perkara yang terlarang oleh ALLAH . 

0 follow me to UK:

Catat Ulasan