wanita solehah :)








Hari tu , pergi usrah remaja .. mak yang suruh .. hehe .. kalu mak tak suruh , saya takkan perginyer.. Al-maklumlah , tak nak jadi anak derhaka .. hihi .. pastu , kak naqibah suruh kitaorang berta'aruf iaitu berkenal-kenalan .. lepas tu cakap pasai wanita solehah ... saya pun nak berkongsi la sikit sebanyak ilmu yang saya dapat ..

Apa itu wanita solehah ? 

Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Saya nak jadi wanita solehah ! 

Apa syarat - syarat untuk menjadi wanita solehah ni ?

1 . Taat Allah dan Rasulullah . 
---> Melakukan semua suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya . dan mengikuti semua sunnah Nabi kita 

2. Wajib menutup aurat 
---> kita tak wajib untuk pakai tudung tapi.. wajib bagi kita untuk menutup aurat kita . ingat ! tutup AURAT bukannya URAT .

3.Tidak berhias dan berpakaian seperti wanita jahiliyyah .

4. Tidak bermusafir kecuali dengan Mahram .
---> Mahram ialah orang yang haram untuk kita kahwini .

5. Sering membantu untuk Agama Islam .

6. Berbuat baik kepada ibu dan bapa .

7. Sentiasa bersedekah .
---> Senyum pun dah dikira bersedekah taw .

# saya salin sampai nombor tujuh jer . Hihihi ...

Sama-samalah kita berusaha menjadi wanita solehah .

0 follow me to UK:

Catat Ulasan