"Kalau malu itu baik , tidaklah aku makan hati sebegini ," gerutu hati Samihah . Kring! Telefon bimbit berbunyi . Nombor pemangil dirahsiakan . Entah siapa pula yang menelefonnya . Samihah menyambung talian . Seorang perempuan lain berbicara di hujung gagang . Suaranya sebak dan seakan-akan baru usai menangis .
Doktor psikologi di Universiti California (UC) iaitu Berkeley Robb Willer berkata " Penelitian yang baru dilaksanakan oleh UC menyatakan malu merupakan satu tanda emosional yang menunjukkan seseorang itu boleh dipercayai . Seorang pemalu patut dipertimbangkan sebagai rakan kongsi terbaik di bidang perniagaan atau organisasi . Orang jenis ini juga ternyata lebih setia . Kajian menunjukkan bahawa seorang pemalu mempunyai tingkat monogaminya (setia dengan pasangan) lebih tinggi berbanding dengan pemberani. "
"Puan beruntung dapat suami seperti Ibrahim .Sudah puas saya pujuk dia kahwin dengan saya . Dia menolak . Saya janda anak dua, saya ada banyak harta . Saya cuma perlukan seorang lelaki sebaik dia . Sebelum ini saya telah berkahwin dengan lelaki bangsat, dia sering pukul dan tidak menghormati saya .Saya bercerai dengannya , saya temui Ibrahim . Saya cuba meyakinkan dia bahawa saya cuma mahukan dia . Bukan hartanya. Dia menolak dengan alasan ... dia malu. "
Samihah tergamam mendengar kenyataan wanita itu . Dia kelu , buntu dan bisu . Rasa bersalah menyerbu jiwanya . Terasaamat besar dosanya kepada suami kerana berkata buruk kepadanya .
Belum sempat Samihah mencelah , perempuan itu menyambung kalam, "Katanya , dia malu jika Allah melihatnya gagal mentadbir keluarga disebabkan berkahwin lagi . Dia malu , jika isterinya berbuat dosa disebabkan gagalnya dia mendidik. Dia malu jika anak-anaknya menjadi liar disebabkan dia sibuk dengan dunia . Kerana terlalu malu dan bimbang berhadapan dengan Allah di padang mahsyar , maka dia menolak lamaran saya dengan baik. Puan Samihah , awak perempuan bertuah . Jagalah suami puan baik-baik. "
Klik! Talian terputus .
Samihah terbata , emosinya merummuskan sesuatu di lubuk jiwa . Akalnya bercempera untuk memendamkan konflik yang telah berkucah di dadanya . Tiba-tiba dia menerima satu SMS . Matanya membulat , SMS dari suaminya :
"Abang enggan ke butik Moona kerana sebahagian tukang guntingnya lelaki . Abang malu jika lelaki lain melihat rambut isteri abang . Butik Jasmin pula banyak menjual baju yang kainnya nipis dan jarang . Abang takut isteri aband terbeli baju sebegitu . Abang malu jika Allah memarahi Abang di akhirat kelak keran tidak cuba menjaga isteri abang dari mendekati tempat sebegitu . Maafkan abang ."
Samihah terdiam . Dia tahu sangkaannya sudah silap terhadap suami . Terbukti Ibrahim mencintainya dengan ikhlas . Samihah segera mendail nombor suami . Dia mahu meminta kemaafan kerana mempertikaikan perasaan malu suaminya yang tulus . " Maafkan aku wahai suamiku!" Hati Samihah menangis .
0 follow me to UK:
Catat Ulasan