Tidak cukup kasih sayang ibu dan ayah bukan alasan untuk kita menyakiti hati mereka dengan melakukan perkara perkara yang tidak disukai mereka dan menconteng arang pada muka mereka . Sebaliknya, kita perlu berusaha dengan lebih keras dan bersungguh-bersungguh dalam pelajaran. Kita perlu membuat mereka bangga dengan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran
Kita selalu menganggap mak ayah kita tak adil dan pilih
kasih dengan adik beradik kita yang lain. Sebenarnya , mak ayah kita dah
melakukan yang amat terbaik untuk kita . Kalau mak ayah kita tak
adil mesti mereka dah buat senarai nie selepas dia lahirkan kita :
Bayar sewa duduk dalam perut mak selama 9 bulan
Bayar semula susu mak kita yang kita telah minum sejak kita bayi tu .
Bayar duit makanan dan minuman yang telah kita guna makan dan minum selama ni .
Bayar semula duit yang telah mak ayah kita gunakan untuk beli baju baju kita sejak kita lahir
Bayar sewa rumah yang kita duduk sejak kita lahir
Bayar upah menjaga kita waktu kita demam atau sakit
Pergh, sekali tengok . Memang takkan terbayarnyer benda2 nie kan?
Ada ker mak ayah kita yang buat camgini ? Angkat tangan ! Takder kan ?
Sebab nie kita perlu berbudi pada mak ayah kita selagi mereka ada
. Kita tak tahu bila mereka akan meninggalkan kita atau mungkin kita yang akan
meninggalkan mereka dahulu . Jangan sesekali menyakiti hati orang tua kita .
Jangan sesekali bercakap yang buruk2 tentang mereka . Jangan menjadikan kita
sebagai anak yang derhaka .
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibu bapa
Jangan sesekali kita membantah arahan mereka selagi tidak salah di
sisi agama kita
#Entry nie sebenarnye untuk saya yang selalu lupa dan juga untuk orang lain yang bergelar insan .
0 follow me to UK:
Catat Ulasan